Thursday, May 19, 2011

Industri bot/kapal moden


Dalam posting terdahulu telah banyak menceritakan perihal pembuatan
bot tradisional. Sebenarnya pembuatan bot moden juga tidak kurang
hebatnya di Terengganu. Baru-baru ini saya berpeluang mengambil gambar
di salah satu lokasi pembuatan bot/kapal moden yang terletak
di Kampong Seberang Bukit Tumbuh. Kagum juga dengan hasil yang
dibuat kerana nampak gah dan pembuatannya juga boleh dikatakan
setanding dengan mana-mana pembuatan bot/kapal di seluruh dunia.


Kebetulannya terdapat sebuah kapal penyelidikan RV UMT (Research Vessel)
yang hampir siap. Khabarnya semalam 18 Mei 2011 ia telahpun berjaya
diturunkan ke sungai bagi kerja-kerja yang selanjutnya. Satu perkara
yang boleh dibanggakan bagi industri ini di Terengganu ialah
ianya diusahakan sepenuhnya oleh bumiputra. Satu pencapaian yang
agak luarbiasa memandangkan ia bukanlah satu industri yang mudah
apatah lgi melibatkan jutaan ringgit kos pembuatannya.

Di sebelah RV UMT terdapat satu lagi bot/kapal jenis katamaran
yang sedang dibina. Ia ditempat oleh satu syarikat minyak dari New Zealand.
Memang cukup besar dan mereka sedang bertungkus lumus menyiapkannya
dalam masa yang telah ditetapkan. Anda boleh agak berapa denda yang bakal
dikenakan jika lambat dari jadual asal. Harap anda enjoy dengan
gambar-gambar yang dipertontonkan di sini.

2 comments:

jemarioren said...

perkongsian yang sgt menarik berserta gambar yang 'orang2 hebat aje tau fokus'

Tolahah said...

Terima kasih jemarioren.. tapi tak adalah hebat sangat, ramai lagi yang hebat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...